Langkau ke kandungan utama

Catatan

Dekorasi Bilik Jahit

 Assalamualaikum semua! Saya nak cerita di sini, buat masa ni saya cuti sekejap dari menjahit sebabnya, rumah saya baru saja siap renovate, jadi banyak masa perlu dihabiskan untuk kerja-kerja pengemasan rumah.  Menariknya, selesai semuanya, saya akan ada satu ruang khas untuk saya menjahit!  Jika sebelum ni saya menumpang ruang tamu sebagai ruang menjahit, tak lama lagi saya ada ruang jahit saya sendiri di dalam bilik. hehe. lagi semangat lah ya nak menjahit. hehe. Mudah-mudahan lah ya! Saya suka cedok idea daripada pinterest sebab idea kat sana comel-comel je. dan sesuai dengan ruang kecil. gambar-gambar bawah ni pun semua dari pinterest la. Rasa tak sabarnya nak deko ruang jahit saya. hihi. Jadi jom la kita cuci mata sama-sama. Saya suka ruang macam ni. sangat simple dan minimalist.  Sumber : Pinterest Tersusun je semua dengan rona warna yang sama termasuk mesin jahit nya sekali. hhihi.. pandainya diorang ni. Sumber : Pinterest Yang ni pun comel tapi nampak agak penuh ruang ni. mungk
Catatan terbaharu

Kenapa blog?

 Hai jumpa lagi! Dalam banyak-banyak platform perkongsian, kenapa blog? Sebab saya rasa blog paling sesuai kot nak buat perkongsian tentang apa yang kita suka, boleh tulis panjang-panjang takda limit dan paling penting, sesuai la untuk saya tak tak berapa suka nak menonjolkan sangat diri sendiri. hehe. Hanya paparkan apa yang kita nak ceritakan sahaja.  Apa yang paling penting, saya dapat menyimpan koleksi-koleksi jahitan saya di sini untuk rujukan masa depan. Mana lah tahu nanti nak imbau kenangan jahitan-jahitan yang tak jadi kan. hehehehe.  Dan saya juga harap supaya dengan penulisan saya tentang hobi saya ni boleh meningkatkan lagi semangat saya untuk lebih rajin menjahit dan menghabiskan stok kain dah beli tu! Harap-harap kalau ada kawan-kawan yang pandai jahit boleh lah berkongsi ilmu sama-sama supaya lebih bermanfaat. 😁😁😁

Post Pertama dari Lynn!

 Assalamualaikum & Hai semua!  Saya Lynn, sebenarnya saya pernah menulis blog harian, tapi dah lama saya tinggalkan zaman penulisan blog, sekarang saya ingin bermula dengan niche yang baru pula, saya akan menulis tentang hobi saya yang amat saya sukai sekarang iaitu, menjahit.  Saya adalah anak seorang tukang jahit yang dahulunya sangat tak suka dengan aktiviti-akktiviti menjahit sehinggalah saya terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 2012 dan mak saya tidak lagi mampu untuk menjahit dan merasakan kadar upah jahit agak tidak mampu untuk saya bayar kepada tukang jahit. Saya juga seorang yang cerewet dan selalu tidak berpuas hati dengan jahitan orang.  Akibat daripada masalah itu, saya pun mula belajar menjahit. Bagi saya yang biasa melihat emak menjahit, tidak lah begitu susah untuk saya mulakan menjahit secara asas. Ingat lagi, baju pertama yang saya jahit adalah baju kurung pesak. Menggunakan mesin jahit mini yang dibeli di Salah satu platform jualan di internet, saya rasa

Followers